-->

Manfaat / Fungsi Kelas Maya (Virtual Class)

Manfaat / Fungsi Kelas Maya (Virtual Class)

Di dalam pelaksanaan ‘Virtual Class’ terdapat berbagai manfaat yang dapat diperoleh oleh para pelajar. Pembelajaran yang berasaskan IT mendorong pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi mereka di dalam penggunaan teknologi yang terkini bagi mencapai matlamat mereka. Selain menambah ilmu mereka juga dapat menaik taraf penggunaan media di dalam kehidupan seharian mereka.

Tentunya perlu ditanamkan juga bagaimana dalam menggunakan internet / media online secara lebih bijak.





Kegunaan Kelas Maya dalam Pembelajaran 

Selain dari itu, mode pelaksanaan kelas maya ini memerlukan pelajar untuk berinteraksi dan memberikan pendapat di dalam forum yang telah disediakan. Melalui forum ini pelajar akan mendapat maklumbalas dan seterusnya memberi respon yang sewajarnya bagi sesuatu topik yang dibincangkan. Melalui kaedah ini, pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahunya dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman. 

Secara tidak langsung ia dapat menjadikan pelajar sebagai seorang yang berdikari dan peka terhadap pembelajaran yang dialaminya
  • mendorong pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan teknologi
  • dapat melatih pelajar untuk berinteraksi dan memberikan pendapatnya
  • mendorong pelajar untuk lebih ingin tahu
  • melatih pemikiran kreatif dan inovatif dengan menarik dan berkesan